Monday, June 30, 2008

Euro 2008 Final di Noraki Kopitiam !!!



Meriah !! Kira-kira 100 orang sahabat dan jiran telah datang menyaksikan perlawanan akhir. Bola Sepak Euro 2008 dilayar besar kami sehingga perlawanan tamat pada jam 4.30 pagi.
Kebanyakkan yang hadhir sejak dari jam 9.00 malam lagi berasa seronok dan gembira menyaksikan pertandingan tersebut sambil menikmati juadah/jamuan percuma yang dihidangkan oleh Noraki Kopitiam.

Pada malam tersebut juga Noraki Kopitiam telah memperkenalkan rasa dan kelazatan beberapa menu khas yang bakal dijadikan menu utamanya nanti. Tidak ketinggalan roti bakar dan Kopi 434 yang lazat dan pastinya tidak akan dilupakan selaras dengan cogankatanya

"Rasa Sekali Nak Lagi..!"

Walau pun sibuk melayan tetamu, Pak Akib masih sempat membalas email dan komen pengunjung Blog Noraki Kopitiam.

Thursday, June 26, 2008

Akan Dibuka !!!


Akan di Buka pada
Hari Isnin
30hb June 2008

Wednesday, June 25, 2008

Kopi 434

Noraki Kopitiam
menyediakan Kopi terbaik untuk anda

merupakan pilihan utama di kalangan para peminat KOPI
sejak tahun 1953.
Ia digemari orang ramai kerana rasanya yang sedap dan tulen.

Tuesday, June 24, 2008

Selamat Datang





Salam sejahtera kepada semua pengunjung Blog Noraki Kopitiam. Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, pada 24hb June 2008 satu Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin sempena pembukaan Noraki Kopitiam telah selamat disempurnakan. Kira-kira 300 orang saudara-mara, sahabat handai, jiran dari Perumahan Bukit Jati, Perjiranan 8 dan Jemaah Mesjid Perjiranan 9 yang diketuai oleh Tuan Imam Hj Razak telah turut hadhir pada majlis tersebut.