Tuesday, June 24, 2008

Selamat Datang





Salam sejahtera kepada semua pengunjung Blog Noraki Kopitiam. Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, pada 24hb June 2008 satu Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin sempena pembukaan Noraki Kopitiam telah selamat disempurnakan. Kira-kira 300 orang saudara-mara, sahabat handai, jiran dari Perumahan Bukit Jati, Perjiranan 8 dan Jemaah Mesjid Perjiranan 9 yang diketuai oleh Tuan Imam Hj Razak telah turut hadhir pada majlis tersebut.

6 comments:

Nordin said...

Tahniah !!! Saya doakan perniagaan En Akib mendapat keberkatan dan semoga Noraki Kopitiam akan terus berkembang maju. Saya rasa turut berbangga atas kesungguhan dan kegigihan En Akib untuk mencapai impian sebagai seorang usahawan restoran yang berjaya.

Anonymous said...

Hebat..Pak Akib memang Hebat..Nasi Baryani malam tu pun sedap.."Rasa sekali nak lagi"..Bila agaknya boleh rasa lagi..apapun saya juga doakan Noraki Kopitiam akan maju.

Anonymous said...

Tahniah !! Good Luck..!!!

Anonymous said...

Wah..cantik kedai..tak sabar nak tengok menu makanan Noraki Kopitiam..Tahniah

Cikgu Haslina said...

Tahniah untuk Pak Akib dan Isteri.!! Masa promosi nanti jangan lupa bagi diskaun...Ayam masak merah tu pun sedap..ada dalam menu ke..?

Noraki Kopitiam said...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi Blog kami. Terimakasih juga doa yang Tuan /Puan berikan sebagai doromgam bagi menjayakan peniaggan saya. Terima kasih.